Sijil Pengoperasian Perniagaan

PENGENALAN

Sijil Pengoperasian Perniagaan merupakan satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan.

Pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan :

  • Penyediaan rekod-rekod perakaunan spt Laporan kewangan, buku tunai runcit, penyata aliran tunai dan pengurusan stor dan stok
  • Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan
  • Melaksanakan aktiviti sokongan spt pemasaran, pengiklanan, promosi jualan dan teknik yang sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan
  • Melaksanakan praktikan asas pengurusan seperti pengurusan fail dan rekod, pengurusan mesyuarat dan khidmat pelanggan

 

SINOPSIS

Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran :-

  • Prinsip Perakaunan
  • Prinsip Ekonomi
  • Prinsip Pemasaran
  • Pengurusan Pejabat
  • Undang - undang Perniagaan
  • Keusahawanan
  • Pengendalian Peruncitan
  • Teknologi Maklumat Perniagaan

PROSPEK KERJAYA

  • Penyelia Operasi
  • Penyelia Jualan
  • Kerani Operasi
  • Pembantu Kerani Akaun
  • Usahawan dalam sektor perniagaan
  • Pembantu Pemasaran
  • Penyelia Sumber Manusia